BERKATA Aisyah r.a bahawa ada ketikanya Nabi saw bangun solat malam apabila terdengar bunyi kokok ayam. Sebagaimana yang dihuraikan dalam kitab "KIFAYATUL AKHYAR", '...bahawa ayam berkokok apabila ia terlihat para malaikat sebagai pegawai Allah sedang menjalankan tugas untuk memeriksa kalangan manusia sama ada bersolat malam atau tidak". Menurut kitab tersebut bahawa ayam berkokok menandakan bahawa Nabi saw bangun solat malam ketika seperenam malam.
Itulah persoalan yang dikemukakan oleh Imam Ghazali r.a bagi memudahkan seseorang bangun untuk solat malam. Insya Allah ia akan mendatangkan kesan baik terhadap yang prihatin tentang solat malam. Kini memperkatakan pula tentang makan minum serta adabnya, yg ada kaitan juga dengan qiyamullail serta jemputan jamuan dan adab tentang tetamu yg berkunjung.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana menjaga makhluk dan mengatur alam ini. Lebih dahulu diciptakan langit dan bumi, kemudian diturunkan air hujan dari langit. Allah SWT menolong makhlukNya menikmati air yg menjadi keperluan, diturunkan air hujan dari awan tebal dalam bentuk renjisan. Bayangkan jika air hujan turun seperti air tasik ditakung, jatuh menghempap manusia dan tanaman. Hempapan air dalam kuantiti besar sebegitu rupa pastinya akan membinasakan apa saja yg ditimpanya.
Allah Yg Maha Bijaksana telah menciptakan kawalan terhadap hujan, sebagaimana firmanNya yg bermaksud "...Dan Kami turunkan dari awan (al-Mu'shirot) air yg banyak mencurah-curah.." (Surah An Naba,ayat 14). Sistem Mu'shirot ini bagaikan air hujan diperah dari awan mendung lalu gugur secara merenjis lalu ia memberi manfaat secara aman kepada manusia serta tumbuhan dan makhluk lainnya. Amat besar faedahnya air yg turun dari langit sebagaimana firmanNya yg bermaksud "...Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan dan kebun-kebun yg lebat.." (Surah An Naba, ayat 15-16).
Pelbagai jenis tumbuhan disuburkan dengan air yg Allah turunkan secara renjisan dan Dia mentakdirkan rezeki untuk hambaNya mengikut kadar sukatan yg Allah SWT telah takdirkan. Jika sistem pengagihan rezeki di dunia ini tidak dimonopoli oleh golongan tamak nescaya tidak akan berlakunya tragedi kebuluran dalam masyarakat insan.
Terlebih dahulu diberi jaminan rezeki dan keselamatan sebelum Allah SWT ciptakan makhlukNya. Allah mengawal selia kesihatan dan tenaga manusia serta haiwan melalui zat khasiat rezeki yg dimakan. Soal kenyang bukannya matlamat utama sebaliknya supaya tubuh insan mendapat segala khasiat dan zat daripada makanan yg diperlukan.
Melalui segala zat itu akan dapat membina kekuatan tubuh dan kesihatan, Allah SWT menolong manusia supaya melakukan perkara taat dan amalan solih melalui tenaga yg terhasil daripada zat makanan yg toyyibah (halal) itu. Dihasilkan tenaga dgn tujuan untuk bertemu Allah SWT pada hari pembalasan kelak. Tiada cara utk sampai kepadaNya kecuali dgn ilmu dan amal solih.
Tidak berupaya menguasai ilmu dan amal solih kecuali sihat dan bertenaga tubuh badan. Tidak akan selamat kecuali dgn mengambil makanan dan minuman sekadar hajat. Atas alasan tersebut berkata sebahagian ulama', soal makan itu adalah urusan agama sebagaimana firmanNya yg bermaksud "...Hai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yg baik-baik dan kerjakanlah amal yg solih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan..". (Surah Al Mukminun, ayat 51).
Allah SWT menyuruh para rasul supaya makan makanan yg toyyibah (halal dan berkhasiat) kerana tenaga yg terhasil daripada zat makanan akan digunakan utk menyampaikan ajaran taqwa dan amal solih kepada Allah SWT. Ayat perintah beramal solih berangkai dgn ayat arahan makan benda baik (toyyibah) menunjukkan bahawa makan itu berkait langsung dengan agama. Supaya makan itu menjadi sebahagian urusan agama maka di dalamnya ada perkara fardhu dan sunat serta adab-adab dan fadhilat.
Sebelum makan sesuatu hidangan lebih dahulu hendaklah mengetahui, bukan sahaja dari segi halalnya bahkan juga bentuk mata pencariannya. Meskipun makanan itu halal jika cara mencarinya menggunakan wang yg tidak halal (wang hasil menipu, rasuah dan sebagainya) maka natijahnya haram juga. Jesteru cara mendapatkan rezeki itu juga hendaklah sejajar dengan apa yg dikehendaki oleh syarak dan sunnah Nabi saw serta selaras dengan perhitungan warak.
Warak itu perkara di atas dari masalah fiqh, kerana fiqh hanya membahas halal dan haram. Sedangkan warak pula adalah termasuk dalam persoalan tasauf yg menghalusi perbicaraan hati sanubari. Justeru itu hanya agama yg boleh mengawal hati manusia melalui peraturan yg dinamakan 'warak'.
Pengertian warak ialah harta yg tidak diusaha dengan cara yg tidak makruh dan tidak menurut hawa nafsu serta tidak meremeh dan memperkecilkan tuntutan agama. Perkata seperti ini jangan wujud dalam urusan rumah tangga, iaitu cara yg makruh seperti jual beli yg tidak dengan berakad.
Ada yg berpendapat jual beli cara demikian tidak sah, ada pendapat lain menghukumkan makruh. Meskipun cara demikian betul dari segi fiqh, namun situasi makruh jangan berlaku dalam urusan rumah tangga. Ini kerana cara sedemikian bererti memasukkan rezeki ke dalam rumah dengan tidak melalui pintu warak.

No comments:
Post a Comment